Sunday, August 21, 2016

Tips ke Bali with kids (Day 3 - Sanur)



Our third day, kami check-out from Bali Kuta Resort kerana kami akan bermalam di Sanur Paradise Bali yang terletak di Sanur, bahagian timur Bali. Di sini juga terkenal dengan pantai yang cantik serta beach activities. Saya bermalam di sini kerana conference yg saya hadiri diadakan di hotel ini, dan bagi memudahkan saya mengawasi anak-anak, jadi kami stay aje di hotel yang sama.  Saya book through Agoda.com lebih awal. Supir kami pak Saiful kata, pantai di Sanur lebih sesuai utk anak-anak mandi-manda kerana ombaknya tak begitu kuat berbanding pantai Kuta. So, let's go to Sanur! 

Kami bersama pak Saiful. Di Sanur, kami dah tak guna supir sebab cuma ada sehari di sini dan mostly saya terlibat dgn conference. Jadi, terima kasih byk2 pak Saiful ! InsyaAllah kalau ke Bali lagi pasti kami hubungi bapak ya


1. Sanur Bali Paradise Resort



Saya sangat-sangat berkenan dengan lampu pura ni. Waktu kat Bali tak terfikir nak beli, dah balik sini, asyik teringat2 je. Pergi nursery tanya harga RM500 lebih you....T___T  #nangissssmenyesaltakbelikatBali


Ketibaan kami di hotel disambut dengan permainan angklung ni



Kami book ground floor. So, this is our hotel view - terus ke access pool !












Takde kerja lain dah budak2 ni - berendam je lahhh. Husband look after the kids. Jaga diri elok ye anak-anak, mummy ada work sikit ya kat dewan atas




Sudut gallery hotel. Oh ya paintings ni pun dijual utk orang ramai


I just love Balinese garden 
Uploaded this to my instagram :p


Haikal dah mulai nampak kepenatan, dia batuk-batuk dan lelah. Tapi sempat lagi senyum bila ambil gambar
Memandangkan saya ada kerja sikit di sini dan kami cuma sempat bermalam satu hari, maka saya tak sempat explore apa yg ada di sekeliling Sanur. Saya cuma sempat berspa dan massage di hotel ni sambil take turn dengan husband. Hari nak check-out tu pula Haikarl dah mula batuk-batuk dan semput. Sebenarnya dia memang tak boleh terlalu panas dan memang cuaca di Bali pada masa saya dtg ni semacam panasnya. Kesian sgt. Dalam flight teruk betul dia batuk-batuk sampai byk kali juga FA datang dan bantu. Sampai je airport di KL, kami terus bergegas bawa dia ke klinik di airport untuk nebulizer. Bawa inhaler pun dah tak jalan,.memang kena neb juga..

Cuma husband je sempat pergi jalan tengok-tengok pantai di Sanur. Memang ramai org di sini, terutamanya local. 
pantai Sanur



Ini ada sedikit guideline some interesting places for you to explore. Saya pun tak sempat pergi semua tempat seperti Seminyak, Tirta Empul dan Pura Lempuyang (pura tertua di Bali). Ada satu tempat yg nak sangat pergi iaitu Monkey Forest Temple, saya berkenan lepas tengok video klip Judika shoot kat situ hehehe. Tapi tak sempatttt huhuhu



Ini tips yang saya nak share sekiranya nak travel ke Bali dengan anak-anak kecil:

1. Sediakan sunblock / sunscreen protection kerana cuaca di Bali sangat panas, lebih-lebih lagi bila ke pantai.

2. Bawa payung kecil atau pakaikan anak-anak topi. Saya memang terlupa sangat-sangat tentang ni T__T

3. Jika nak guna khidmat supir, kalau boleh cari supir Muslim supaya mudah dalam urusan tempat solat, tempat makan halal dan sebagainya. Jangan sembarangan makan ya, orang-rang di Bali looks like typical Indonesian tetapi majoritinya beragama Hindu.

4. Standby ubat-ubatan seperti paracetamol, mosquito repellant, dan kalau ada anak lelah macam saya, jgn lupa bawa inhaler ventolin, singulair, etc.

5. Kebanyakan pura (kuil) di sini naturally terletak di cliff atau jauh di puncak. Bawa bugggy stroller kalau ada baby kecil. Sentiasa bawa air kosong, atau air kotak dan snack ringan supaya anak-anak tak cepat cranky.

6. Pakaikan anak-anak pakaian nipis dan sport shoe. Kalau takde, pakai sandal yang selesa dan tak mudah tertanggal. Elakkan pakai kasut keras (macam Dr. Martens tak sesuai sebenarnya untuk ke tempat cliff dan pura) dan elakkan pakai baju lengan panjang.

7. Bawa kipas tangan atau stroller fan.

8. Untuk kita yg dewasa ni, jangan lupa bawa sunglass.

Monday, March 21, 2016

Tips ke Bali with kids (Day 2 - Ubud, Kintamani, Uluwatu)

Our second day di Bali dpenuhi dengan keunikan tradisi dan culture masyarakat Bali di Ubud. Kalau nak tahu, Ubud memang terkenal dengan pelbagai kesenian. Ukiran kayu, ukiran batu, lukisan, batik, tarian...Ubud is full of art! So, aturan perjalanan ni semua seperti yang dicadangkan oleh pak Saiful supir kami dan kami semua pun ikut je..hehehe

1. The Barong Dance

Hari kedua kami di Bali dimulakan dengan menonton persembahan Tarian Barong dan Kris di Catur Eka Budhi. Sebenarnya ni tarian kebudayaan pra-hindu ibarat macam teater , menceritakan mitologi pertarungan antara Barong dan Rangda. Saya terus terang cakap, walaupun diberi brochure tentang persembahan ni sebelum masuk ke seating teater, sepatah haram pun saya tak faham apa T__T tapi tengok ajelah ye tak. Takkanlah nak menghayati pula ceritanya..kihkihkih. Ni hasil google tentang barong dance ni dari sumber https://wisatabali2010.wordpress.com/tari-barong/ :

"Tari Barong adalah tarian khas Bali yang berasal dari khazanah kebudayaan Pra-Hindu. Tarian ini menggambarkan pertarungan antara kebajikan (dharma) dan kebatilan (adharma). Wujud kebajikan dilakonkan oleh Barong, yaitu penari dengan kostum binatang berkaki empat, sementara wujud kebatilan dimainkan oleh Rangda, yaitu sosok yang menyeramkan dengan dua taring runcing di mulutnya" 




Ingatkan ni penarinya...rupanya ni penyambut tetamu..hihihi



Haaa..tu la penari dan watak-watak dalam tarian ni. Jangan tanya apa nama watak tu...makcik tak tahu ( lol)


2. Batik Bidadari, Ubud

Seterusnya kami melihat galeri batik di Batik Bidadari. Lebih kurang macam batik Malaysia la juga hasil pembuatannya. Cuma batiknya tak banyak color, satu-dua warna je dan lebih kepada gold color. Tengok kat parking kereta, ramai betul supir2 yang menunggu hehehe termasuklah pak Saiful. Saya tak beli pun, harganya mahal dan saya pun memang tak pakai batik-batik style mcm ni.


Acah-acah aje tu :P




3. Kopi Luwak Lumbung Sari

Seterusnya kami ke Lumbung Sari untuk tengok pembuatan Kopi Luwak. Saya harap anda semua dah makan sebelum baca cerita saya tentang kopi. Selamat membaca. lol

Perkataan Luwak atau Luak tu asalnya dari perkataan jawa yang bermaksud musang dan kalau di sini ia dipanggil musang luwak. jadi kenapa ada kopi luwak? Begini ya, (dah macam kerja dengan hidupan liar pula aku) musang luwak ni dari segi sifatnya hanya akan makan biji-biji buah yang terbaik sahaja dan sistem pencernaannya cepat., jadi kalau makan apa-apa pun tak cepat hancur. Bukan macam kau yang asyik sembelit aje kerjanya.kahkah. Eh sambung cerita. So di sini, musang luwak ni tadi hanya makan biji-biji kopi terbaik jadi bila dia ukkk ukkkk, biji-biji kopi yang dimakan tadi tak hancur. Kemudian, biji tu dibasuh, diproses, dan kemudiannya dijadikan serbuk kopi. Lepas tu jadilahhhh Kopi Luwak. Begitulah asalnya kopi luwak tu datang dari mana...hehehehe



Hello Luwak. Wak lu lah tak nak tegur pula gua...hahahaha


Tempat memproses kopi lawak

Biji kopi yang dah diasingkan, menunggu untuk proses seterusnya

Lepas tu boleh duduk rehat-rehat sambil pekerja di sini hidangkan kopi...tapi bukan kopi luwak je dihidangkan, ada mcm2 kopi lagi. Kopi kelapa la, kopi Bali la,  kopi vanilla la, kopi Manggis la, kopipes la...ehhh macam-macam


Sape nak rasa dulu angkat tangan????

Disebabkan luwak tadi sombong tak nak layan tetamu, saya pun beralih ke haiwan ni. Nasib baik dia friendly, dia ajak saya terbang tapi saya kata lain kali aje lah T___T (tahu tak haiwan apa ni?)

Kopi luwak dah siap dipack untuk dijual. FYI, sepeket ni mahallll harganya Rp300,000 ! Secawan kecil pun dah berharga RM15 T___T
Kat sini juga saya borong vanilla pod/vanilla bean yang sangat-sangat murah. Jual dalam bulk qty dalam sepeket tu rasanya ada lebih dari 20 pod, dengan harga Rp290,000 sahaja (less than RM100). kat Malaysia harga satu vanilla pod tu je around Rm7-Rm8, jadi memang berbaloi saya beli vanilla pod. Lupa nak ambil gambar, tapi kalau nak tahu vanilla pod tu biasa saya gunakan untuk buat filling macarons perisa vanilla, Korek isi dalam pod tu dan memang ia naturally bau wangi mcm vanilla.


4. Ubud Gallery

Ingat tak dalam first entry saya ada mention yang canvas painting asli adalah dari lukisan artist di Ubud? Jadi, kami sempat ke salah satu galeri di sini dan lihat sendiri lukisan asli canvas yang pada saya, memang tersangat indah. Kalau la saya banyak hinggit, memang semua rasa nak angkut bawa balik. Tapi mengenangkan harga satu painting pun mencecah ratusan hingga ribuan ringgit malaysia, terpaksa la telan air liur je T___T (#nangis). But seriously, kalau betul-betul nak yang asli, set aside your money and buy these real paintings. Kenapa tanganku tidak berseni macam ni...huwaaaa

Semuanya berkenan..semua nak bawa balik pelisssssshhhh


Selain dari lukisan abstrak, banyak je lukisan manusia, kebanyakannya tak berbaju hehehe malu pula bawa budak-budak ni. Nasib baik diaorang banyak duduk kat luar je. 

5. Restoran Bebek Joni 

Perut dah lapar. So kami pun break for lunch di restoran Bebek Joni. Saya ada review tentang tempat makan famous di Ubud iaitu bebek tepi sawah, tapi menurut pak Saiful dia tak galakkan makan di situ sebab tukang masaknya beragama Hindu. Bebek Joni ni tukang masaknya Islam jadi kami pun ikut je lah mana-mana janji sedap. Tak sedap siap kau ya pak. hahaha 

Entrance Bebek Joni
Perkataan Bebek tu bermaksud Itik, jadi Bebek Joni tu maksudnya Joni punya Itik. hahaha. suka suka aje. First impression saya, nampak kecik je restaurant ni ada ke orang makan  kat sini? Sekali bila masuk dalam, wowwwwwww! Serious cantik tempat ni dengan mengadap sawah hijau, macam suasana kampung siap dengan itik-itik atas sawah-sawah tu. Rasa nak nangis drama queen betul aku



Pemandangn di belakang restoran yang buat saya rasa tak makan pun takpe. Kenyang tengok pemandangan indah, masyaAllah memang cantik. No wonder a garden with Balinese concept is everyone's dream , including me




Sejuk mata memandang


Order kejap. Budak bam bam sebelah tu dah lapar

Hai bebek bebek! 





Tengok budak-budak ni perasan pula buat video klip kat sini

Zara is so drama queen like her mommy...hahahaha

Dah sampai menu saya. jemput makan. Sate Bali dan bebek goreng.



Desert ni sedap woo...caramel banana with vanilla ice-cream. Alaa buat sendiri pun boleh, ko pergi ambil pisang belakang rumah nek Bedah tu susun cantik-cantik dalam pinggan, tabur sos karamel, pastu letak satu scoop ice-cream T__T

6. Tegalalang Paddy Rice

Lepas lunch, kami teruskan perjalanan menuju ke Kintamani. On the way tu kami lalu kawasan ni iaitu Sawah Padi Tegalalang. Cantik dan unik susunan padi tu sekali pandang macam ala-ala cameron pula. Bezanya ni tanam padi, cameron tanam teh. Tempat ni pun sejuk-sejuk juga sama mcm cameron

Susunan tanaman padi di Tegalalang


Hmmm...the signature of Qu Outeh must be originated from you Zara...am I right? lol

Mummy and kids





When your husband holds the camera, don't expect gambar tanaman padi je yang dia ambil T___T 

Di Tegalalang pun ada deretan kedai souvenir. Saya tengah aim painting kat belakang tu haa, dah berjaya bawa balik pun hahaha



Perjalanan menuju ke Kintamani, sempat lagi berhenti tepi jalan beli buah


7. Gunung Kintamani

Akhirnya ...dah sampai Kintamani. So apa ada kat sini? Di sini la tempat pelancong melihat keindahan gunung berapi Batur yang terletak di daerah Kintamani. Kalau lihat sekeliling gunung tu, nampak macam hitam-hitam je dan di seberangnya ada tasik dan perkampungan. Cuaca kat sini sejuk je, dan mendamaikan. Sempat kami solat di sini dan ada surau yang selesa disediakan. Cuma tak ada pemisah antara lelaki dan perempuan tau, so pandai-pandailah anda sorok2 sikit pakai telekung.

Apa yang dihadapkan tu? Tengah tengok view gunung berapi la tu

Saya rasa ni memang syurga photographer. Makcik pula tak pandai adjust-adjust lens ni walaupun bawa DSLR. hahaha

Abam Ekarl aummmm



 8. Pasar Ubud

Next, kami ke pasar Ubud. Macam -macam ada dijual kat sini. Saya dah banyak borong paintings jadi saya tak minat sangat nak membeli tshirt2 atau beg2. Jadi, kami jalan-jalan sahaja dulu lihat apa yang unik dan worth to buy.





Kerusi ukir pun ada dijual kat sini

Painting lagi haihhh can't get my eyes off this

Aikkk? Ketahian apakah ini? (what is this shit?) T_____T

I've told you. Ubud is FULL of art. Right?? So we bought these keychains and bottle opener untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan...hahahahaha. Dapat kecik ke besar ke tidak memberi apa-apa makna ya kahkahkah

Suka dengan keunikan entrance rumah-rumah di Bali. Penjaga pintu rumah ni pun comelllls :p

Plat seramik dan kaca, sesuai sebagai alas cawan atas meja. Nak tampal kat dinding toilet rumah kau pun boleh. Cuma yang keychain tadi ko jangan tampal kat dinding rumah T___T


Dah habis berjalan di Ubud, kemudiannya kami terus ke daerah Uluwatu. 

9. Blue Point Beach/Lagoon (Uluwatu)

Pak saiful ajak kami singgah di sini untuk lihat orang surfing. Katanya, laut kat sini sangat biru dan disebabkan tu ia dinamakan Blue Point beach. Cuma nak ke sini, terpaksa ikut laluan batu-batu (batu binaan) dan mencungap rasa nak sampai ke sini. Kesian kat haikarl la, sebab badannya bam bamm dan jenis cepat berpeluh..Kalau tahu tadi, mummy suruh duduk dalam kereta je dengan daddy. huhu



View dari deretan kedai di atas laut.

these mat saleh baru habis surfing

Saya tak turun pun sampai bawah. Penat memanjat batu pun tak hilang lagi, so ambil gmbar jarak jauh dari atas je haa

Memang cantik air lautnya. Dan ramai mat saleh surfing2 kat sini

Salah satu deck di bawah 





Mujur tak pandang camera. Muka sebenarnya kepenatan panjat batu T__T





10. Pura Uluwatu 

Akhirnya kami sampai di Pura Uluwatu yang terletak paling hujung di selatan Bali. Kat sini yang terkenalnya ialah tarian Kecak, iaitu tarian terkenal Bali yang dipersembahkan hanya di Uluwatu, dan tarian tu bertempat di tebing tinggi menghadap matahari terbenam. Since terdapat unsur-unsur pemujaan dan tarian ni adalah waktu Maghrib, jadi saya tak beli tiket untuk lihat tarian ni memandangkan saya bawa anak-anak kecil. Pada hemat saya mungkin tak sesuai untuk bawa mereka lihat tarian ni waktu maghrib, jadi kami hanya enjoying the views here.   

Kami diminta untuk pakai lilitan kain di pinggang sebagai tanda menghormati pura (kuil). Lilitlah kat pinggang ya, kalau pinggang ko besar, minta dua helai T___T (#sarkastik)

Di dalam kawasan pura uluwatu

kalau pakai short atau kain pendek, visitors akan diberkan kain panjang macam ni, juga sebagai tanda menghormati kawasan kuil ini

Natural clif di Uluwatu. Hati-hati ya kalau bawa anak-anak, pesan jangan bergurau main tolak-tolak kat sini...bahaya bukitnya curam.. 


Abam Ekal pun lilit juga kat pinggang...fuhh nasib baik muat LOL


Best view of Uluwatu ! Dalam hati dup dap sebab kat belakang tu terus gaung bukit T___T

Turn mummy pula
Dan habislah sightseeing kami di daerah Ubud, uluwatu dan kintamani. Now nak balik hotel dan rehat-rehat. Esoknya kami nak check out sebab kami akan stay di daerah Sanur pula. Jumpa di entry ketiga !