Wednesday, November 14, 2012

Menulis tesis dengan efisyen dan cepat!

Alhamdulillah...setelah menunggu tarikh yang sesuai, akhirnya dapat juga saya menghadiri bengkel penulisan tesis yang dikelolakan oleh Dr Othman Talib aka Dr OT di UTM Skudai baru-baru ini. After mengkhatamkan e-book beliau yang dibeli melalui laman webnya, jadi saya rasa saya patut hadir ke bengkel seperti ni untuk membantu saya menulis tesis secara efisyen. Bengkel ni sebenarnya dianjurkan oleh postgrad students dari UTM yang juga pembaca blog Dr OT, seperti saya juga la silent reader blog beliau..hehe.

Satu family semua saya bawa ke JB dan lega juga takde masalah untuk rehat / tidur sebab ayah tiri saya menetap di Kluang, jadi kami pun stay di sana. Kluang dgn JB jaraknya cuma 1jam 15minit. Mak saya walaupun duduk Gemas, tapi jauh juga kalau nak bertolak dari sana...jadi kami awal-awal dah plan untuk tumpang di rumah abah Samad. Hubby pun teruja nak hantar saya ke UTM sebab inilah universiti pertamanya belajar dulu. Saya gi bengkel seharian, dia pula jadi campus photographer of the day (cehh...ingat balik tempat bercintun dia le tuuu).

Saya rasa berbaloi travel jauh-jauh dari Ipoh dengan menghadiri bengkel Dr OT ni. Walaupun sebelum ni dah explore dan guna Document Map dan Mendeley software, tapi through bengkel ni saya dah dapat pengisian tentang perkara-perkara lain seperti 1file1thesis dan teknik speed reading. Yang penting, tak perlu lagi nak print out jurnal beratus-ratus pastu beli fail kat tesco pastu punch pastu insert jurnal ikut tahun pastu nak highlight keywords...(eh terkena batang hidung sendiri)..yang penting tulis, tulis dan tulis. Gambar-gambar ni pun ehsan dari blog Dr OT (izinkan saya share ye Dr!)

(credit to: drotspss.blogspot.com)



(credit to: drotspss.blogspot.com)

So, apa yang saya buat di JB selain berbengkel...? Next entry ya! Tunggu.. :)